Pertama-tama saya ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih di atas banyak komen serta kritikan yang membina yang saya terima dari rakan taulan sekalian.
Kritikan/komen yang paling banyak, hangat serta mencuri tumpuan saya ialah mengenai penggunaan bahasa yang kata mereka sepertinya saya lebih mengagung-agungkan bahasa Inggeris berbanding bahasa Malaysia maupun bahasa Dusun. Sebenarnya bukan saya sengaja untuk menulis dalam bahasa Inggeris dan jauh sekali untuk mengagung-agungkan bahasa tersebut. Tujuan utama saya menulis dalam bahasa tersebut adalah semata-mata untuk memperbaiki kemampuan saya terhadap bahasa tersebut yang mana saya akui saya masih kurang mampu menguasai bahasa tersebut dengan baik lagipun rasanya setiap artikel yang saya tulis adalah menggunakan bahasa Inggeris yang mudah. Bukan mahu mendabik dada tapi keputusan bahasa Malaysia saya semasa SPM boleh dikatakan satu pencapaian yang amat baik (Penerima Pelajar Terbaik SPM bagi matapelajaran Bahasa Malaysia) berbanding dengan pencapaian saya dalam bahasa Inggeris. Oleh itu saya sentiasa cuba untuk memperbaiki kemampuan saya menguasai bahasa Inggeris yang juga dikenali sebagai bahasa antarabangsa.
Saya menerima semua reaksi, komen serta kritikan tersebut dengan hati terbuka. Saya akan cuba untuk memuaskan hati setiap pengunjung blog saya ini. Paparan artikel saya yang selepas ini akan lebih banyak menggunakan bahasa Malaysia tapi tidak akan meminggirkan bahasa Inggeris. Mungkin saya akan menggunakan bahasa Maygris (Malaysia + Inggeris).
Terima Kasih + Thank you = Tean Kou (hahaaaaaa - Bahasa Baru saya)
No comments:
Post a Comment