Saturday, May 30, 2009

Hari Penyampaian Hadiah SCA - 29/05/2009

Tadika SCA telah mengadakan Hari Penyampaian Hadiah bagi peperiksaan penggal pertama (Siok ni Tadika tiap penggal ada Penyampaian Hadiah). Seperti yang saya nyatakan sebelum ini yang Aleyah mendapat hadiah kerana mendapat tempat ke 9 di dalam kelas D1, jadi saya ingatkan tiada lagi penyampaian hadiah yang akan dijalankan rupa-rupa nya ada lagi yang diadakan di dewan SCA pada Jumaat 29/05/2009 iaitu hari terakhir persekolahan penggal pertama sessi 2009.

Sebelum hadiah pelajar disampaikan, setiap kelas mengadakan persembahan nyanyian dan tarian tetapi semasa kelas Aleyah mengadakan persembahan saya tidak sempat ambil gambar sebab tiada bawa kamera (sebab saya tahu perkara ini pun semasa menghantar Aleyah ke kelas - itu Loushi lupa bagi tahu bei). Lepas persembahan kelas Aleyah saya bergegas balik ambil kamera, nasib baik ada 11 kelas lagi yang mengadakan persembahan dan lalu lintas di pekan Keningau masa itu pun tidak sibuk, jadi sempat juga saya balik ambil kamera (hahaaa bepeluh juga bei abis mau cepat).
Penggal pertama ini Aleyah cuma mendapat tempat ke 9 (seperti yang saya nyatakan pada post saya yang terdahulu). Sebelum ni saya belum melihat report kad Aleyah cuma diberitahu oleh Loushi secara lisan jadi bila saya melihat report kad Aleyah wow terkejut juga saya bah sebab keputusan ujian Aleyah macam tidak menggambarkan kedudukan ke 9 beliau (Keputusan penuh - 7A+, 2A, 1C) cuma yang ralat sebab lukisan dia cuma dapat C. Bab melukis ni Aleyah sepertinya kurang minat sebab kalau kena suruh melukis di rumah pun jarang sangat dia boleh menyiapkannya dengan sempurna, selalunya dia belasah saja tapi subjek-subjek lain dia kira ok. Tetapi tidak mengapa sebab Aleyah masih banyak masa untuk semua itu.


Sempena Perayaan Pesta Menuai 2009 ini, saya sekeluarga ingin mengucapkan "KOTOBIAN TADAU TAGAYO DO KAAMATAN" kepada semua saudara, kawan, kenalan serta pengunjung yang dekat mahupun yang jauh yang berbangsa Dusun, Kadazan, serta Murut moga-moga tahun ini lagi banyak hasil padi yang akan di tuai dan kalau aramai ti jangan telebih, don't drink and drive.

Inilah Keputusan Peperiksaan Aleyah bagi Penggal Pertama 2009

Enjoy the rest of the pictures below;



No comments:

Post a Comment