Sunday, May 31, 2009
My Pictures of the Week
Saturday, May 30, 2009
Hari Penyampaian Hadiah SCA - 29/05/2009
Sebelum hadiah pelajar disampaikan, setiap kelas mengadakan persembahan nyanyian dan tarian tetapi semasa kelas Aleyah mengadakan persembahan saya tidak sempat ambil gambar sebab tiada bawa kamera (sebab saya tahu perkara ini pun semasa menghantar Aleyah ke kelas - itu Loushi lupa bagi tahu bei). Lepas persembahan kelas Aleyah saya bergegas balik ambil kamera, nasib baik ada 11 kelas lagi yang mengadakan persembahan dan lalu lintas di pekan Keningau masa itu pun tidak sibuk, jadi sempat juga saya balik ambil kamera (hahaaa bepeluh juga bei abis mau cepat).Penggal pertama ini Aleyah cuma mendapat tempat ke 9 (seperti yang saya nyatakan pada post saya yang terdahulu). Sebelum ni saya belum melihat report kad Aleyah cuma diberitahu oleh Loushi secara lisan jadi bila saya melihat report kad Aleyah wow terkejut juga saya bah sebab keputusan ujian Aleyah macam tidak menggambarkan kedudukan ke 9 beliau (Keputusan penuh - 7A+, 2A, 1C) cuma yang ralat sebab lukisan dia cuma dapat C. Bab melukis ni Aleyah sepertinya kurang minat sebab kalau kena suruh melukis di rumah pun jarang sangat dia boleh menyiapkannya dengan sempurna, selalunya dia belasah saja tapi subjek-subjek lain dia kira ok. Tetapi tidak mengapa sebab Aleyah masih banyak masa untuk semua itu.
Sempena Perayaan Pesta Menuai 2009 ini, saya sekeluarga ingin mengucapkan "KOTOBIAN TADAU TAGAYO DO KAAMATAN" kepada semua saudara, kawan, kenalan serta pengunjung yang dekat mahupun yang jauh yang berbangsa Dusun, Kadazan, serta Murut moga-moga tahun ini lagi banyak hasil padi yang akan di tuai dan kalau aramai ti jangan telebih, don't drink and drive.
Inilah Keputusan Peperiksaan Aleyah bagi Penggal Pertama 2009
Enjoy the rest of the pictures below;
Sunday, May 24, 2009
Hari Sukan & Perasmian Dewan Sukan SCA
Aleyah menyertai pertunjukan tarian serta dua acara sukan iaitu dengan mewakili kelas D1 (Pasukan Matahari) dan acara dengan ibubapa bagi kumpulan umur 4 tahun, tetapi pasukan Matahari gagal menjadi juara cuma mendapat tempat kedua (Hanya tempat pertama yang mendapat pingat). Bagi acara ibubapa saya dengan Aleyah hanya mendapat tempat ketiga biarpun mendahului sejak dari awal hingga ke akhir. Kekalahan kami disebabkan unsur kelemahan penganjur membiarkan peserta lain mengisi air ke dalam botol air mineral biarpun loceng penamat telah dibunyikan. Semasa saya berlari untuk mendapatkan air (pergi & balik lebih kurang 40 meter) untuk diserahkan kepada Aleyah saya meninggalkan peserta yang paling hampir dengan kedudukan saya kira-kira 15 meter dan pada masa itu baru saya sedar yang ramai pula para ibubapa yang mengenali saya kerana saya dapat mendengar nama saya di laung-laungkan oleh para penonton (kira glamor juga bah hahaaa).
(Semasa ini kelas Aleyah sedang mendahului) - Ada gaya pelari
Kesimpulannya biarpun kelas Aleyah (kumpulan Matahari) tidak menjadi johan dan kami berdua tidak berjaya memenangi acara jemputan ibubapa dengan anak tetapi kami berdua seronok dan gembira dan itu yang penting kan. Bagi keputusan peperiksaan penggal pertama Aleyah cuma mendapat tempat ke 9 (Top 10 - Ada hadiah juga) dari 27 murid di kelas D1 yang bagi saya satu keputusan yang agak baik kerana pelajar yang mendapat tempat pertama hingga ke lapan semuanya menghadiri kelas tambahan setiap petang berbanding dengan Aleyah dan beza antara Aleyah dengan tempat pertama tidak sampai 15 markah dan Aleyah cuma dipisahkan oleh subjek lukisan.
So guys enjoy the rest of the photos below.