Sunday, July 26, 2009

Ulang Tahun Perkahwinan Misman & Shaidatul Ridha

Hari ini 26hb Julai 2009 merupakan hari ulang tahun perkahwinan kawan baik saya Encik Misman Bin Sahid yang ke berapa? Saya pun tidak pasti tapi yang pasti ianya mungkin mencecah yang ke 20 tahun. Encik Misman Sahid dulunya pernah bertugas di Balai Polis Keningau selama hampir mungkin 7 tahun di daerah Keningau sebelum berpindah ke N9. Saya pun tidak berapa ingat macamana saya boleh kenal dan akrab dengan dia, tapi yang pasti ada juga kebaikan kenal baik dengan pegawai polis kerana kalau ada urusan senang sikit mau urus.

Encik Misman & isteri serta keluarga sudah macam keluarga saya sendiri sampaikan arwah ibu saya, adik beradik saya pun kenal baik dengan beliau. Beliau yang saya anggap macam abang saya sendiri, merupakan kawan yang baik, suka memberi nasihat serta pendengar yang baik. Semasa ribut greg berlaku pada hujung tahun 1997, dimana rumah keluarga kami yang terletak di Kg. Liawan juga dihanyutkan oleh banjir tersebut, beliau banyak memberikan bantuan dari segi moral, material dan kata-kata perangsang. Pada masa tersebut barulah kita tahun yang mana kawan kita.


Dalam tempoh 20 tahun perkhawinan beliau, beliau telah dikurniakan 5 orang anak lelaki iaitu Mohd Shafiq (Final year of Diploma Mechanical Engineering at UiTM), Mohd Taufiq (Diploma in Automotif Engineering at Polytechnic Dungun) , Mohd Afiq (MRSM Serting), Mohd Rafiq (SMKUR) dan Mohd Wafiq (Sekolah Rendah). Satu yang lucu dengan anak-anak dia ni dulu masa masih di Keningau, mereka biasa panggil saya Pakcik Bon Jovi hahaaaa habis asal naik kereta saya tiada lagu lain semuanya lagu Bon Jovi itulah saya kena panggil begitu. Kalau di ambil huruf-huruf depan anak-anak beliau, akan menjadi STAR-W (boleh jadi STAR-World). Gambar terbaru keluarga Misman Sahid

Berdiri L-R: Mohd Rafiq, Mohd Shafiq, Mohd Afiq & Mohd Taufiq

Duduk L-R: Misman, Mohd Wafiq, Shaidatul Ridha



Tiga gambar di atas merupakan gambar saya dengan keluarga beliau pada tahun 2005 di N9 dan UiTM Shah Alam.

Marriage is that relation between man and women in which The Independence is Equal, The Dependence mutual and The Obligation Reciprocal...Happy Anniversary My Friend! May your marriage be blessed with love, Happiness and companionship for all the years of your lives. Amin.

1 comment: