Pada hari Ahad 5hb Julai 2009, Bapa Mentua mengajak kami sekeluarga pergi ke Siba, Kg. Merampong untuk mengeringkan kolam kecil untuk menangkap ikan yang ada di kolam tersebut untuk dipindahkan ke kolam besar. Bah apalagi kami sekeluarga bersiap-siap dan membeli beberapa makanan untuk di bawa ke sana kerana ini adalah kesempatan untuk berpiknik juga, terutama c Aleyah yang paling excited sampai 3 pelampung dia bawa, saya pun tumpang sekaki kerana cuaca sejak kebelakangan agak panas jadi bolehlah menyejukkan badan dengan berendam di kolam. So saksikanlah aksi-aksi kami pada hari tersebut.
Kolam ini lah yang mau di kasih kering menggunakan water pumpAleyah sempat berposing di depan pancutan air dari water pump Aleyah 2nd round mandi pancutan water pump - sebab c Hafiz baru datang
Mandi-Manda
Kolam tempat mandi - Kepanjangan kolam lebih kurang 80m dan lebar lebih kurang 20m manakala kedalaman purata lebih kurang 6 kaki. Yang syoknya mandi di kolam ini, ialah airnya bersih tidak berbau lumpur sebab bekalan airnya dari sungai yang sentiasa mengalir masuk & keluar setiap masa. Di samping itu juga rakit bambu ada tersedia di kolam ini. So enjoy the pictures taken during that day.
Yang ini gambar selepas seharian mandi -manda terutamanya c Aleyah
Overall, sungguhpun usaha untuk mengeringkan kolam tidak tercapai disebabkan hujan yang tiba-tiba turun, tapi kami berhasil untuk menangkap beberapa ekor ikan dengan menggunakan pukat. Banyak juga ikan yang ditangkap tapi banyak juga ikan yang tidak berjaya ditangkap kerana kecerdikan ikan tersebut untuk melompat pukat serta melepasi pukat dari bawah kerana kolam kecil tersebut agak berlumpur.

Sungguhpun kepenatan kerana seharian mandi-manda, kepuasan dan kegembiraan jelas tergambar di muka Aleyah & Danial dan sepanjang perjalanan balik malam tersebut sunyi sebab Aleyah & Danial tidur nyenyak. Tiada kawan mau bergaduh heheeee.
No comments:
Post a Comment