Sunday, July 26, 2009

Ulang Tahun Perkahwinan Misman & Shaidatul Ridha

Hari ini 26hb Julai 2009 merupakan hari ulang tahun perkahwinan kawan baik saya Encik Misman Bin Sahid yang ke berapa? Saya pun tidak pasti tapi yang pasti ianya mungkin mencecah yang ke 20 tahun. Encik Misman Sahid dulunya pernah bertugas di Balai Polis Keningau selama hampir mungkin 7 tahun di daerah Keningau sebelum berpindah ke N9. Saya pun tidak berapa ingat macamana saya boleh kenal dan akrab dengan dia, tapi yang pasti ada juga kebaikan kenal baik dengan pegawai polis kerana kalau ada urusan senang sikit mau urus.

Encik Misman & isteri serta keluarga sudah macam keluarga saya sendiri sampaikan arwah ibu saya, adik beradik saya pun kenal baik dengan beliau. Beliau yang saya anggap macam abang saya sendiri, merupakan kawan yang baik, suka memberi nasihat serta pendengar yang baik. Semasa ribut greg berlaku pada hujung tahun 1997, dimana rumah keluarga kami yang terletak di Kg. Liawan juga dihanyutkan oleh banjir tersebut, beliau banyak memberikan bantuan dari segi moral, material dan kata-kata perangsang. Pada masa tersebut barulah kita tahun yang mana kawan kita.


Dalam tempoh 20 tahun perkhawinan beliau, beliau telah dikurniakan 5 orang anak lelaki iaitu Mohd Shafiq (Final year of Diploma Mechanical Engineering at UiTM), Mohd Taufiq (Diploma in Automotif Engineering at Polytechnic Dungun) , Mohd Afiq (MRSM Serting), Mohd Rafiq (SMKUR) dan Mohd Wafiq (Sekolah Rendah). Satu yang lucu dengan anak-anak dia ni dulu masa masih di Keningau, mereka biasa panggil saya Pakcik Bon Jovi hahaaaa habis asal naik kereta saya tiada lagu lain semuanya lagu Bon Jovi itulah saya kena panggil begitu. Kalau di ambil huruf-huruf depan anak-anak beliau, akan menjadi STAR-W (boleh jadi STAR-World). Gambar terbaru keluarga Misman Sahid

Berdiri L-R: Mohd Rafiq, Mohd Shafiq, Mohd Afiq & Mohd Taufiq

Duduk L-R: Misman, Mohd Wafiq, Shaidatul Ridha



Tiga gambar di atas merupakan gambar saya dengan keluarga beliau pada tahun 2005 di N9 dan UiTM Shah Alam.

Marriage is that relation between man and women in which The Independence is Equal, The Dependence mutual and The Obligation Reciprocal...Happy Anniversary My Friend! May your marriage be blessed with love, Happiness and companionship for all the years of your lives. Amin.

Thursday, July 23, 2009

Selamat Pengantin Baru - Md Tinggal & Isteri

Pada hari Sabtu 18hb Julai 2009 lalu saya dengan Darwin @ Ibot menghadiri persandingan seorang kawan yang boleh dikatakan akrab iaitu Md. Tinggal di Nabawan (Kg. Bahagia). Pernikahan telah dilangsungkan pada hari sebelumnya iaitu Jumaat 17hb 2009 tapi saya dapat dapat hadir kerana pernikahan berlangsung pada sebelah pagi (kerja bei). Saudara Md Tinggal adalah merupakan kawan yang ringan tulang, sentiasa sedia menghulurkan bantuan pada bila-bila masa.
Gambar Persandingan Md Tinggal dengan isteri - Di sisi Pengantin, Saya dengan Darwin @ Ibot

Serba sedikit mengenai saudara Md Tinggal, beliau merupakan orang yang bertanggungjawab menjadi pemandu cum bodyguard semasa pernikahan serta persandingan saya dulu. Beliau juga merupakan pemandu pelancung kami semasa saya dan isteri melawat Labuan kali pertama dan semasa kami melawat Labuan kali kedua beserta Aleyah dan Danial semasa menghadiri perkhawinan ipar Juply pada tahun 2007.
Gambar Md Tinggal dengan Aleyah semasa di Labuan tahun 2007

Disebabkan kamera terlupa bawa maka hanya satu gambar saja yang dapat dipotretkan itupun dengan menggunakan handphone, maka disebabkan itu maka saya sertakan gambar lama Md Tinggal dengan si Aleyah semasa kami menghadiri perkhawinan ipar Juply di Labuan.
From this day forward, as you share life's joys and trials, may you always comfort one another with a smile and Always be together through both laughter and the tears and Depending on each other. Congratulations to both of you Wishing you a wonderful beginning, and love to last a lifetime! Amin

Friday, July 17, 2009

40th (Ruby) Wedding Anniversary - Bro John & Sis Winnie


On 11th July 2009, I was invited to attend the dinner reception of the 40th (Ruby) Wedding Anniversary of Datuk John & Datin Winnie at Perkasa Hotel. Since my wife had their Nurses Nite dinner at Juta Hotel, I went to the reception by myself.


Ramai juga yang hadir terutama prominence businessman around Keningau yang kebanyakkannya saya kenal lah juga (mostly my x-customer). Tapi yang paling best ialah dapat bertemu dengan sanak saudara yang jarang-jarang jumpa kerana jarak serta kesibukan masing-masing.


Well I guess that I won’t comments further about the dinner, because it’s organized and went quite smoothly. I did enjoy the foods only that after the 3rd dishes my stomach meragam pula mungkin pasal banyak sangat minum sprite ngan oren heheee. But anyway ok lah but the only things bothered me during that night was the music is to loud because our table facing the loudspeaker furthermore the deejay was not experience enough in adjusting the sound lagipun lambat tul dia panggil sia p nyanyi heheeee just kidding.


So guys enjoy the pictures taken during the dinner – courtesy of Sis Unai abis sia teda bawa kamera bei. Lagipun kalau bawa kamera sendiri selalu tiada muka saya hahaaa. All the pictures will tell you about the warm and happiness that night was.

Acara memotong kek oleh pasangan yang diraikan
Pasangan sedang menari slow dance - Opening act
Acara pemotongan kek harijadi - I'm not sure who?

Kedua-dua gambar atas - Kakak-Kakak dengan Adik-Adik
L-R: Boy, Adie, Saya

Acara yang dinanti-nanti oleh kaum wanita - Tarian Poco-Poco
Acara paling meriah, macam sudah praktis berbulan-bulan - Bule Tahan
Sis Unai ngan Anak buah Jubie
As usual - Jubie menyumbangkan lagu, tapi yang betul sia pun teda perasan yang c Jubie ada p nyanyi heheee mungkin sebab suara c Jubie xxxxx heheeee. Jan mare.

An anniversary is a time to remember about a couple's life. A time to recognize that the strongest bond is the love between husband and wife. Through times of happiness and times of sadness, love grows continually and they become as one heart, The other staying with them, in memory, even when they are apart. Each anniversary is special and may cause a shed tear, for the bond grows ever stronger and stronger when love is shared for another year. May memories of all you've shared be in your hearts today, and may they fill the coming years With love that's there to stay.


Happy 40th Wedding Anniversary to Bro John & Sis Winnie Wish you many more years of the same

Piknik & Mengeringkan Kolam 05/07/2009

Pada hari Ahad 5hb Julai 2009, Bapa Mentua mengajak kami sekeluarga pergi ke Siba, Kg. Merampong untuk mengeringkan kolam kecil untuk menangkap ikan yang ada di kolam tersebut untuk dipindahkan ke kolam besar. Bah apalagi kami sekeluarga bersiap-siap dan membeli beberapa makanan untuk di bawa ke sana kerana ini adalah kesempatan untuk berpiknik juga, terutama c Aleyah yang paling excited sampai 3 pelampung dia bawa, saya pun tumpang sekaki kerana cuaca sejak kebelakangan agak panas jadi bolehlah menyejukkan badan dengan berendam di kolam. So saksikanlah aksi-aksi kami pada hari tersebut.
Kolam ini lah yang mau di kasih kering menggunakan water pump



Aleyah sempat berposing di depan pancutan air dari water pump Aleyah 2nd round mandi pancutan water pump - sebab c Hafiz baru datang

Mandi-Manda

Kolam tempat mandi - Kepanjangan kolam lebih kurang 80m dan lebar lebih kurang 20m manakala kedalaman purata lebih kurang 6 kaki. Yang syoknya mandi di kolam ini, ialah airnya bersih tidak berbau lumpur sebab bekalan airnya dari sungai yang sentiasa mengalir masuk & keluar setiap masa. Di samping itu juga rakit bambu ada tersedia di kolam ini. So enjoy the pictures taken during that day.


Yang ini gambar selepas seharian mandi -manda terutamanya c Aleyah

Overall, sungguhpun usaha untuk mengeringkan kolam tidak tercapai disebabkan hujan yang tiba-tiba turun, tapi kami berhasil untuk menangkap beberapa ekor ikan dengan menggunakan pukat. Banyak juga ikan yang ditangkap tapi banyak juga ikan yang tidak berjaya ditangkap kerana kecerdikan ikan tersebut untuk melompat pukat serta melepasi pukat dari bawah kerana kolam kecil tersebut agak berlumpur.

Sungguhpun kepenatan kerana seharian mandi-manda, kepuasan dan kegembiraan jelas tergambar di muka Aleyah & Danial dan sepanjang perjalanan balik malam tersebut sunyi sebab Aleyah & Danial tidur nyenyak. Tiada kawan mau bergaduh heheeee.