Pertama-tama saya minta maaf kepada para pengunjung blog kerana lama sudah ni blog teda kena update, bukan sengaja bei tapi kesibukan dengan berbagai-bagai perkara.
Hariraya Aidil Fitri telah berlalu hampir 2 bulan dan akan menjelma Hariraya Aidil Adha pula hujung bulan ini, so sebelum ianya tiba saya paparkan sedikit coretan Hariraya Aidil Fitri tempohari.
Seperti tahun-tahun sebelumnya Hariraya Aidil Fitri tahun ini disambut dengan sedarhana bagi saya, cuma bagi kanak-kanak ianya merupakan hari yang gembira dan meriah. Di tambah lagi apabila menyambutnya tanpa kedua orangtua tambah pilu kerana pada saat itulah kita akan terkenangkan mereka-mereka yang sudah pergi dan tidak akan kembali, segala kenangan indah, pahit, manis semua terbekas di dalam hati, cuma doa yang dapat dihadiahkan untuk mereka. Seperti biasa selapas solat sunat aidil fitri kunjungan ke pusara ayah dan ibu menjadi rutin setiap kali Hariraya Aidil Fitri selepas itu barulah kunjung mengunjung kerumah sanak saudara dan kawan-kawan mengambil tempat.
Terima kasih saya ucapkan kepada para saudara, sahabat dekat dan jauh yang sudi memeriahkan rumah terbuka kami pada hariraya ke 3 tempohari, mudah-mudahan Hariraya tahun depan kita berkesempatan untuk merayakannya. Kepada para sahabat serta saudara yang menjemput kami ke rumah terbuka tapi tidak berkesempatan hadir, seribu kemaafan kami pohonkan.
No comments:
Post a Comment