Saturday, August 22, 2009

Pertunangan Perkhawinan Willie & Diana

Tanggal 16/08/2009 merupakan hari bersejarah bagi Willie & Diana, kerana pada hari tersebut mereka telah diikat dengan tali pertunangan dan seterusnya disytiharkan sebagai suami isteri di kediaman keluarga Diana di Kg. lotong, Kota MaruduSyok juga lah berkonvoi ke Kota Marudu dengan saudara mara, sungguhpun perjalanan pada hari tersebut memakan hampir seharian untuk melengkapkan perjalanan pergi dan balik dari Keningau - Kota Marudu tetapi ianya satu pengalaman yang menyeronokkan disebabkan sudah lebih 15 tahun tidak menjejakkan kaki ke Kota Marudu dan disebabkan itu saya memandu dengan mengekori kereta Ipar Coradius (IC) dan yang bagusnya IC tidak meninggalkan kami dengan jarak yang terlalu jauh, tetapi yang penting bagi saya agar tidak tersesat jalan ialah sentiasa melihat penunjuk arah di bahu jalan untuk mempastikan jalan seterusnya yang perlu diambil dan mengenali kereta saudara mara ataupun kawan-kawan yang turut serta.

Upacara hari besar Willie & Diana berjalan dengan licin serta sempurna dengan agak pantas kerana perkara-perkara utama telah dibincangkan lebih awal - mungkin, maka ianya berjalan dengan baik dan pantas

Kepada Willie & Diana Selamat Mengharungi Kehidupan suami-isteri dan moga berkekalan sehingga akhir hayat.

(Sori teda gambar pula c Willie & Diana - sebab sa teda bawa kamera. Kesemua gambar ini sa terima dari email dari IC. Byk gambar dia antar tapi format pptx sa teda leh convert bei so ni saja yang dapat dipaparkan).

No comments:

Post a Comment