Saturday, June 13, 2009

Pernikahan Hazlina & Haikal - 12/06/2009 Tambunan

Tanggal 12/06/2009 merupakan hari bersejarah bagi pasangan Haikal & Hazlina. Hazlina @ Epit merupakan anak ke-4 Sis Aidah Arifin & Johari @ Andrew Yong manakala Haikal @ Calie berasal dari Tenom. Mengikut cerita para pembawa khabar, mereka bertemu dan bercinta bermula di daerah Tenom yang merupakan tempat c Epit bertugas (Hospital Daerah Tenom) dan mereka telah bertunang selama hampir setahun sebelum memuktamadkan hubungan mereka dengan pernikahan sungguhpun terdapat berbagai cabaran serta cubaan sepanjang pertunangan mereka. Syukur Alhamdulilah akhirnya rintangan serta cabaran tersebut dapat di lalui dengan kekuatan cinta mereka yang mana berakhir dengan pernikahan pada hari Jumaat 12/06/2009 lebih kurang hampir jam 4 petang dengan disaksikan serta dihadiri oleh para kaum keluarga terdekat kedua belah pihak.

So guys enjoy the pictures taken during the akad-nikah ceremony.

Jurunikah sedang membuka bicara serta memeriksa dokumen pasangan - manalah tau menyamar heheee

Jurunikah sedang memberi nasihat kepada pengantin lelaki
Jurunikah masih memberi nasihat serta pedoman kepada pengantin lelaki

Jurunikah masih lagi memberi nasihat kepada pengantin lelaki. Heheee makin berdebar-debarlah sang pengantin lelaki. Rilek ko broo.

Pengantin perempuan makin gelisah serta berdebar-debar menantikan saat upacara pernikahan dimulakan. Sang pengapit pula memikirkan bilakah saatnya giliran beliau pula akan menjelma heheeee. Tia pa Ijah sekurang-kurangnya you know what to expect when your turn comes kan heheee
Upacara akad nikah bermula. 1st lafaz nikah tidak disahkan oleh saksi kerana kurang jelas serta kurang lancar. Heheee pengantin lelaki gabra sikit sebab nasihat yang agak panjang lebar oleh jurunikah. Tida apa cuba lagi.

2nd lafaz nikah masih tidak dapat disahkan oleh pihak saksi disebabkan kurang jelas lafaz pihak pengantin lelaki. Sabar ko bro masih ada peluang boleh cuba lagi heheee.

3rd time lucky. Akhirnya pengantin lelaki berjaya pada percubaan ketiga beliau heheee.

Hahaa pengantin lelaki barulah kelihatan tersenyum setelah berjaya pada percubaan kali ke-3, sambil itu jurunikah memberi sedikit lagi nasihat kepada beliau setelah sah sebagai suami kepada c Epit.


Ketiga-tiga gambar di atas adalah semasa upacara membatalkan air sembahyang. Pengantin lelaki menyarungkan cincin perkhawinan kepada pengantin perempuan

Pengantin lelaki menyampaikan hadiah cabutan tiket bertuah berupa wang tunai kepada ibu pengantin perempuan oopps salah pula sia, sebenarnya pengantin lelaki menyerahkan wang hantaran kepada ibu pengantin perempuan.
Keenam-enam gambar di atas merupakan para kaum keluarga terdekat pihak pengantin

Aleyah dengan anak sudaranya - Ayuni (anak c boy arman @ boyvr4). Sempat lagi posing.
Mereka-meraka yang bertungkus lumus di belakang tabir @ bahagian memasak. Mereka memastikan agar para tetamu pulang dengan perut yang kenyang dan puashati.

It is said that marriages are made in heaven and celebrated on earth. The popular belief is true to many extent, because it is a special bond shared between two souls, who tie the wedding knot after promising to be companions for a lifetime. It is the physical, mental and spiritual unison of two souls. It brings significant stability and substance to human relationships, which is otherwise incomplete. It plays a crucial role in transferring the culture and civilization from one generation to the other, so that the human race is prospered. The institution of marriage is beneficial to the society as a whole, because it is the foundation of the family, which in turn is the fundamental building block of the society. The key to successful marriage is love, understanding, mutual respect, trust, commitment and togetherness.

Congratulation to Hazlina & Haikal and hope that your married will last forever. Welcome to the new world.
Next stop Labuan, after Labuan, jeng-jeng giliran sapa pula???

No comments:

Post a Comment