Friday, November 13, 2009

Labuan - Calie & Diana Wedding's Day

Yang ini pun agak lambat kena post, tapi omputih bilang "it's better late than never". So macamana pun sia mau post juga abis ini trip saudara-saudara ke Labuan yang boleh dianggap successful. Saya pun malas mo tulis banyak-banyak, kamu tengok saja tu gambar-gambar dan buatlah andaian/cerita sendiri ah.

Speed Boat - Menumbok-Labuan
Siok juga naik speed boat abis laju sekejap sampai cuma 30 minit, tapi begear juga apabila dilambung ombak, nasib baik hari tu cuaca dikira baik. Di tengah-tengah laut kena tahan JPJ oops Maritim & Kastam kena cek pakai jaket keselamatan ka tidak, hehee mcm di jalanraya juga oh kan peraturan dia.
Pulau Labuan
Sampai-sampai saja terus sa bawa di urang pigi gerai kain dekat pasar Labuan. Yang bestnya sini kain dia murah-murah berkualiti lagi, lagipun kalau campin menawar banyak boleh beli macam sia kan Unai heheee kalau dia tidak mau kc harga rendah pigi saja gerai sebelah. Setelah mebeli belah sempat lagi posing di hujung tu gerai, masa tunggu ibu2 membeli.
Apartment Beta
Well, ini apartment kira ok sebab ada 3 bilik dan ruang tamunya yang luas tempat budak2 landing. Kami d tingkat 16 (1604 kalau tidak silap). Semua kelengkapan terdapat di dalam apartment dan kalau mau beli apa-apa turun saja di sebelah ujana kewangan. Tempat yang pratikal dan stratejik dan sewa pun berpatutan.
Wedding Dinner Reception 26/09/2009
Yang ini sia tida ambil gambar abis kamera ttinggal di apartment, Kejadian yang lucu-kami tidak jumpa itu restoran (tesesat bei itu dreber-Ipar Coradius heheeee). Setelah pusing-pusing lebih kurang 20 minit baru tjumpa tu tempat.
Acara suka-suka


Pulang - Labuan Ke Menumbok
Masa pulang ramai-ramai naik feri abis mau lari dari cukai??? heheeee. Ada kroni kan hahaaa. Tapi siok jugalah naik feri abis hampir kesemua saudara naik feri cumanya masa untuk sampai ke menumbok agak lamalah tapi tia pa abis banyak cerita juga di feri so tidaklah terasa sangat.

Kesimpulannya, satu kunjungan ke Labuan untuk menghadiri perkahwinan c Calie & Diana yang boleh dikatakan berjaya serta menyeronokkan, masa hadapan bolehlah kita merancang lagi melawat ke Labuan lagi, terutama bagi mereka-meraka yang tidak puas sebab terikat dengan acara perkhawinan c Calie & Diana. Kalau ada yang merancang ke Labuan lagi sila lah mengajak kami dan yang lain-lain pergi bersama barulah meriah.

Akhir sekali "Selamat pengantin Baru" kepada Calie & Diana moga cepat-cepat dpt anak serta berbahagia serta berkekalan hingga ke akhir hayat.

Hari Raya Aidil Fitri 2009

Pertama-tama saya minta maaf kepada para pengunjung blog kerana lama sudah ni blog teda kena update, bukan sengaja bei tapi kesibukan dengan berbagai-bagai perkara.

Hariraya Aidil Fitri telah berlalu hampir 2 bulan dan akan menjelma Hariraya Aidil Adha pula hujung bulan ini, so sebelum ianya tiba saya paparkan sedikit coretan Hariraya Aidil Fitri tempohari.
Seperti tahun-tahun sebelumnya Hariraya Aidil Fitri tahun ini disambut dengan sedarhana bagi saya, cuma bagi kanak-kanak ianya merupakan hari yang gembira dan meriah. Di tambah lagi apabila menyambutnya tanpa kedua orangtua tambah pilu kerana pada saat itulah kita akan terkenangkan mereka-mereka yang sudah pergi dan tidak akan kembali, segala kenangan indah, pahit, manis semua terbekas di dalam hati, cuma doa yang dapat dihadiahkan untuk mereka. Seperti biasa selapas solat sunat aidil fitri kunjungan ke pusara ayah dan ibu menjadi rutin setiap kali Hariraya Aidil Fitri selepas itu barulah kunjung mengunjung kerumah sanak saudara dan kawan-kawan mengambil tempat.

Terima kasih saya ucapkan kepada para saudara, sahabat dekat dan jauh yang sudi memeriahkan rumah terbuka kami pada hariraya ke 3 tempohari, mudah-mudahan Hariraya tahun depan kita berkesempatan untuk merayakannya. Kepada para sahabat serta saudara yang menjemput kami ke rumah terbuka tapi tidak berkesempatan hadir, seribu kemaafan kami pohonkan.